Malaysia legislation

Section 36

of AKTA PERUBATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 36

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 35

seksyen yang berikut:

“Majlis boleh meminta maklumat 35a.  (1)  Majlis boleh, dari semasa ke semasa, meminta apa-apa maklumat dikehendaki olehnya supaya diberikan oleh

42

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443

mana-mana orang yang namanya berada dalam Daftar dan orang itu hendaklah memberikan maklumat itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dia dikehendaki untuk berbuat demikian.

(2)

Tiap-tiap orang yang namanya berada dalam Daftar hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari apa-apa perubahan dalam maklumat yang telah diberikannya kepada

Majlis, memberitahu Majlis mengenai perubahan itu.

(3)

Seseorang pengamal perubatan berdaftar yang tidak mematuhi subseksyen (1) berkenaan dengan dirinya melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 36