Malaysia legislation
Section 17
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 17
(a)
mana-mana badan pengamal ditetapkan; atau
(b)
mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Majlis.
(2)
Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Majlis.
(3)
Majlis hendaklah merekodkan semua pewakilan fungsi, termasuk apa-apa pembatalan atau pindaan pewakilan, dalam suatu daftar.
(4)
Majlis hendaklah menyediakan perkara tentang semua pewakilan yang dibuat untuk orang awam.
(5)
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa fungsi yang diwakilkan sedemikian.