Malaysia legislation
Section 19
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 19
(2)
Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan, memeriksa dan membuat salinan atau cabutan butiran dari mana-mana daftar.
(3)
Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan melalui media elektronik, Pendaftar boleh memberi maklumat yang berkaitan selepas pembayaran fi yang ditetapkan—
(a)
melalui alat pemprosesan data; atau
(b)
melalui penghantaran elektronik.
(4)
Daftar yang disenggara di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu dokumen awam dalam pengertian Akta
Keterangan 1950 [Akta 56].