Malaysia legislation
Section 25
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 25
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
berkenaan dengan kesalahan seterusnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3)
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada subseksyen (2), memerintahkan Majlis mencatatkan butir-butir orang itu dalam suatu daftar dan orang itu tidak boleh memohon untuk didaftarkan sehingga tamatnya tempoh dua tahun dari tarikh dia disabitkan.
Perakuan pengamalan pengamal berdaftar