Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 27

(a)

pengamal berdaftar itu disabitkan di Malaysia atau di tempat lain atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda);

(b)

pengamal berdaftar itu menyebabkan kelayakannya ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa penganugerah yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang daripadanya kelayakan itu dianugerah; atau

(c)

pengamal berdaftar itu diisytiharkan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa sebagai tidak sihat dari segi mental atau didapati oleh Majlis tidak berupaya dari segi mental atau fizikal untuk mengamal.

(2)

Sebelum membatalkan pendaftaran seseorang pengamal berdaftar, Majlis hendaklah—

(a)

memberitahu pengamal berdaftar itu, melalui notis bertulis, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, akan hasrat untuk membatalkan pendaftarannya;

(b)

menyatakan alasan keputusan untuk membatalkan pendaftaran itu; dan

(c)

memberitahu pengamal berdaftar itu bahawa dia berhak membuat penghujahan bertulis kepada Majlis dalam masa yang ditetapkan yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh pengamal itu berdaftar menerima notis yang dikeluarkan menurut perenggan (a).

Perubatan Tradisional dan Komplementari 23

(3)

Mana-mana pengamal berdaftar yang terjejas boleh, dalam masa yang ditentukan dalam notis itu, mengemukakan kepada Majlis penghujahan bertulis dan Majlis hendaklah mempertimbangkan penghujahan bertulis itu sebelum membuat keputusan.

(4)

Keputusan Majlis hendaklah menyatakan alasan pembatalan pendaftaran termasuk bila masanya pengamal berdaftar yang terjejas boleh memohon untuk didaftarkan semula.

(5)

Keputusan untuk membatalkan pendaftaran hendaklah direkodkan dalam daftar dan hendaklah menyatakan nama pengamal yang pendaftarannya dibatalkan, tempat perniagaannya dan bidang amalan diiktiraf yang berkenaan dengannya pendaftaran untuk mengamal dibatalkan.

(6)

Mana-mana pengamal berdaftar yang terkilan dengan keputusan Majlis membatalkan pendaftarannya boleh merayu kepada Menteri mengikut peraturan-peraturan.

(7)

Majlis boleh, sementara rayuan kepada Menteri belum selesai, mengarahkan pengamal berdaftar itu supaya menghentikan pengamalan bidang amalan diiktiraf sehingga rayuan diselesaikan oleh Menteri.

(8)

Selepas mempertimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (6), Menteri boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah keputusan yang dirayui dalam masa tidak lebih daripada empat belas hari dari penerimaan rayuan, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

(9)

Mana-mana pengamal berdaftar yang pendaftarannya dibatalkan tidak lagi dibenarkan mengamal bidang amalan diiktiraf atau apa-apa bidang amalan lain sehingga dia didaftarkan semula.

Pendaftaran semula

Section 27 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)