Malaysia legislation

Section 33

of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 33

Pengiklanan dan promosi

(2)

Pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu tidak boleh membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari dengan tujuan untuk mendorong, mempengaruhi atau menyebabkan seseorang pesakit membuat kontrak untuk membeli perkhidmatan itu.

Perubatan Tradisional dan Komplementari 27

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

berkenaan dengan kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pernyataan mengelirukan” ertinya apa-apa perbuatan yang berkemungkinan mengelirukan orang ramai—

(a)

tentang sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi tujuan, atau kuantiti, perkhidmatan yang diberikan;

(b)

bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah dari jenis standard, kualiti atau kuantiti tertentu;

(c)

dengan mengiklankan bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah bagi penyakit-penyakit tertentu yang disenaraikan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan)

1956 [Akta 290];

(d)

bahawa perkhidmatan diberikan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang dengan kebolehan, kelayakan atau kemahiran tertentu; atau

(e)

tentang harga bagi perkhidmatan yang diberikan.

Pengamal berdaftar boleh diperbadan

Section 33 — AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)