Malaysia legislation
Section 3
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 3
Tafsiran
“amalan perubatan tradisional dan komplementari” ertinya suatu bentuk amalan yang berkaitan dengan kesihatan bertujuan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau sakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu dan termasuk amalan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, pengubatan Islam, homeopati, dan terapi komplementari, tetapi tidak termasuk amalan perubatan dan pergigian yang masing-masing digunakan oleh pengamal perubatan dan pengamal pergigian;
“badan pengamal ditetapkan” ertinya badan pengamal bidang amalan diiktiraf yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 42;
“bidang amalan” ertinya suatu bidang, lapangan, kepakaran atau perkara yang tertentu dalam amalan perubatan tradisional dan komplementari dan termasuk subbidang, sublapangan, subkepakaran atau subperkara;
“bidang amalan diiktiraf” ertinya bidang amalan yang diiktiraf oleh Menteri di bawah seksyen 20;
“ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah” ertinya
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia, masing-masingnya;
“Majlis” ertinya Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“maklumat pesakit” ertinya data peribadi seseorang pesakit, seperti nama, umur, alamat, keadaan fizikal dan mental dan maklumat kewangan;
Perubatan Tradisional dan Komplementari 9
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 48;
“pengamal” ertinya pengamal perubatan tradisional dan komplementari;
“pengamal berdaftar” ertinya pengamal yang berdaftar di bawah seksyen 23;
“pengamal berdaftar sementara” ertinya seseorang yang telah didaftarkan secara sementara sebagai pengamal di bawah seksyen 22;
“pengamal perubatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“pengamal pergigian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pergigian 1971 [Akta 51];
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 6(2);
“pesakit” ertinya individu yang mengambil pengamal berdaftar untuk memberikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari untuk kesejahteraan dirinya atau sebagai suatu rawatan apa-apa penyakit atau sakit;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah seksyen 16.