Malaysia legislation
Section 40
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 40
(a)
dipelihara kerahsiaannya; dan
(b)
tidak didedahkan kepada mana-mana pihak lain melainkan dengan kebenaran terdahulu pesakit atau dengan suatu perintah mahkamah.
(2)
Pengamal berdaftar hendaklah memberitahu dan memaklumkan kepada pesakit dengan sewajarnya, apa-apa kesan yang memudaratkan, yang tidak selamat atau kesan lain yang boleh disebabkan oleh perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari, apabila diambil sendiri atau apabila dicampur dengan ubat-ubatan lain, sebelum membekalkan atau mempreskripsikan pesakit dengan perkhidmatan itu dan hendaklah menyenggara suatu rekod apa-apa pemberitahuan dan makluman itu.
Perubatan Tradisional dan Komplementari 33
(3)
Jika apa-apa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari diberikan, dibekalkan atau digantikan menurut perenggan (4)(a) oleh seseorang pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji seseorang pengamal untuk seseorang pesakit, maka hendaklah ada syarat-syarat atau jaminan tersirat yang berikut:
(a)
syarat tersirat bahawa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari itu bebas daripada apa-apa sebatian atau bahan yang menyalahi undang-undang yang tidak didedahkan atau yang rosak;
(b)
syarat tersirat bahawa perubatan tradisional dan komplementari itu adalah selamat untuk dimakan atau digunakan oleh manusia dan bahawa tiada kesan atau akibat yang tidak diketahui;
(c)
jaminan tersirat bahawa perubatan tradisional dan komplementari itu adalah sesuai bagi maksud tertentu yang baginya bekalan dari jenis dan sifat yang berkenaan dibekalkan kecuali jika pesakit tidak percaya dengan kemahiran atau pertimbangan pengamal atau adalah tidak munasabah untuk mempercayainya;
(d)
jaminan tersirat bahawa pengamal berdaftar mempunyai kelayakan yang sesuai, berpengalaman dan dilatih secukupnya bagi memberikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari;
(e)
jaminan tersirat bahawa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari akan dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah;
(f)
jaminan tersirat bahawa perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari yang terhasil daripada perkhidmatan yang dibekalkan itu adalah semunasabahnya sesuai bagi apa-apa maksud tertentu dan adalah dari jenis dan kualiti yang boleh dijangkakan secara munasabah dapat mencapai hasil atau kesan yang tertentu sebagaimana yang dinasihatkan oleh pengamal berdaftar kepada pesakit itu; dan
(g)
jaminan tersirat bahawa pesakit boleh semunasabahnya percaya dengan kemahiran dan keputusan pengamal, melainkan jika hal keadaan menunjukkan sebaliknya.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 775
(4)
Jika mana-mana pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal berdaftar tidak mematuhi syarat atau jaminan tersirat di bawah subseksyen (3), pesakit berhak menuntut hak yang berikut:
(a)
membatalkan kontrak dengan pengamal berdaftar itu atau orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, tanpa apa-apa liabiliti;
(b)
memperoleh daripada pengamal berdaftar itu dan orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, ganti rugi untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami; atau
(c)
memperoleh suatu bayaran balik segala wang yang dibayar oleh pesakit kepada pengamal berdaftar itu dan orang yang mengambil kerja atau menggaji pengamal itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Subseksyen (1), (2), (3) dan (4) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa yang bertentangan dalam apa-apa perjanjian.
(6)
Jika seseorang pengamal berdaftar diambil kerja atau digaji oleh mana-mana orang, orang itu hendaklah bertanggungjawab secara bersesama dengan pengamal itu bagi apa-apa kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1), (2), (3) dan (4) dan ia tidak boleh dijadikan sebagai pembelaan oleh orang itu bahawa kegagalan pengamal berdaftar itu untuk mematuhi subseksyen (1), (2), (3)
dan (4) adalah tindakan pengamal itu secara bersendirian.
Perkhidmatan penyelesaian pertikaian