Malaysia legislation
Section 44
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 44
(2)
Penentuan oleh Majlis di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan tarikh kuat kuasa bila badan pengamal ditetapkan itu akan mengambil alih peranan pengawalseliaan Majlis.
(3)
Segala penentuan oleh Majlis di bawah subseksyen (1)
hendaklah direkodkan dalam suatu daftar.
(4)
Badan pengamal ditetapkan hendaklah menjalankan, membuat dan melaksanakan fungsi yang berikut:
(a)
membuat syor kepada Majlis mengenai kelayakan akademik yang sesuai atau sijil yang dikeluarkan menurut Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 yang diperlukan oleh seseorang individu untuk melayakkannya memohon menjadi pengamal berdaftar bidang amalan yang diiktiraf;
(b)
mendisiplinkan pengamal yang melanggar kaedah-kaedah badan pengamal ditetapkan atau peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
(c)
mengenal pasti apa-apa rancangan pembangunan yang berterusan untuk pengamal yang ditawarkan oleh institusi, badan atau individu dalam atau di luar Malaysia;
Perubatan Tradisional dan Komplementari 37
(d)
tertakluk kepada seksyen 33, membangunkan garis panduan tindakan pemasaran, pengiklanan dan promosi, yang sepatutnya, termasuklah tetapi tidak terhad kepada latihan bagi kakitangan untuk pemasaran pelbagai tingkat yang disertai oleh ahli-ahlinya;
(e)
membangunkan dan mengendalikan atau menyebabkan supaya dijalankan latihan yang sesuai dan program pembangunan profesional yang berterusan;
(f)
membangunkan garis panduan untuk membantu pengamal merujukkan pesakit mereka kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(g)
membangunkan dan menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan atau berkaitan dengan pengamalan bidang amalan diiktiraf atau profesionalisme pengamalan itu;
dan
(h)
membangunkan, menetapkan dan memberi mandat kepada kaedah-kaedah dan kehendak-kehendak yang sesuai atau perlu bagi memastikan pematuhan kepada kehendak
Akta ini, termasuk kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang berhubungan dengan kelakuan pengamal, penyimpanan rekod dan penyenggaraan kerahsiaan maklumat pesakit.
Pengawasan oleh Majlis