Malaysia legislation
Section 47
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 47
(2)
Badan pengamal ditetapkan yang diarahkan oleh Majlis untuk menyediakan kod tadbir urus dan kod amalan hendaklah menyediakannya dalam masa yang ditentukan.
(3)
Kod tadbir urus dan kod amalan yang disediakan oleh badan pengamal ditetapkan hendaklah diluluskan dan dicatatkan oleh Majlis ke dalam daftar.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), Majlis boleh menyediakan sendiri kod tadbir urus dan kod amalan berdasarkan piawai amalan mandatori yang disediakan oleh Majlis jika—
(a)
badan pengamal ditetapkan berkemungkinan tidak dapat menyediakan kod tadbir urus dan kod amalan atau sebahagian daripadanya, dalam masa yang munasabah;
Perubatan Tradisional dan Komplementari 39
(b)
Majlis berpuas hati bahawa apa-apa hal perkara kod tadbir urus dan kod amalan itu telah gagal dan akan terus gagal, untuk melaksanakan maksud Akta ini atau dasar yang berkaitan di peringkat negara; atau
(c)
Menteri mengarahkan Majlis berbuat demikian.