Malaysia legislation
Section 60
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 60
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
untuk menetapkan bentuk penelitian dan pengawasan yang hendak dijalankan berkenaan dengan pengamalan bidang amalan diiktiraf;
(b)
untuk menetapkan bentuk dan cara bagaimana permohonan untuk pendaftaran dan untuk perakuan pengamalan tahunan hendaklah dibuat;
(c)
untuk menetapkan jumlah yuran dan caj yang kena dibayar oleh pengamal berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Akta ini;
(d)
untuk menetapkan cara bagi mempamerkan sijil perakuan pengamal;
(e)
untuk menetapkan maklumat yang harus disiarkan dalam daftar;
(f)
untuk menetapkan jumlah yang kena dibayar kepada anggota Majlis, Setiausaha dan anggota jawatankuasa yang dibentuk oleh Majlis sebagai bayaran sagu hati;
(g)
untuk menetapkan proses, tatacara, syarat-syarat kelayakan, dokumentasi dan syarat-syarat yang berkaitan dengan permohonan bagi kebenaran untuk menggunakan apa-apa peranti perubatan dan untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang semunasabahnya perlu bagi penggunaan mana-mana peranti perubatan;
Perubatan Tradisional dan Komplementari 49
(h)
berhubung dengan seksyen 31, untuk menetapkan cara melaporkan apa-apa kejadian kepada apa-apa wabak atau penularan penyakit setempat lain, penyakit berjangkit, atau penyakit lain, masalah kesihatan awam atau apa-apa kesan berbahaya kepada pesakit dari barangan atau perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari;
(i)
untuk menetapkan bentuk dan sifat apa-apa akujanji yang diadakan di bawah Akta ini, cara menguatkuasakan akujanji terhadap pengamal dan penalti bagi kemungkiran akujanji itu;
(j)
untuk menetapkan cara dan terma yang dikenakan untuk membatalkan mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan syarat-syarat yang dikenakan akibat pembatalan itu;
(k)
untuk menetapkan penerimaan aduan atau maklumat mengenai apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan penubuhan Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Penyiasatan untuk membuat penyiasatan ke atas aduan atau maklumat mengenai apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan untuk menentukan sama ada atau tidak suatu siasatan patut diadakan oleh Majlis;
(l)
untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Menteri;
dan
(m)
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan-peruntukan Akta ini.
Penalti untuk perundangan subsidiari