Malaysia legislation
Section 62
of AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 62
Kesalahan oleh badan korporat
(a)
boleh dituduh dan dibicarakan secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan badan korporat itu; dan
(b)
jika badan korporat didapati bersalah, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu kecuali, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala keadaan, ia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melakukan ketelitian sepenuhnya bagi mencegah berlakunya kesalahan itu.
(2)
Jika mana-mana orang yang bertanggungjawab di bawah
Akta ini atau apa-apa perundangan subsidiarinya kepada apa-apa hukuman atau penalti untuk apa-apa tindakan, pengabaian, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah bertanggungjawab kepada hukuman atau penalti yang sama untuk setiap tindakan, pengabaian, kecuaian atau keingkaran mana-mana pengamal yang digajikan olehnya, pekerja atau agen itu, atau pekerja agen itu, jika tindakan, pengabaian, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)
oleh seorang pengamal berdaftar yang digajikan olehnya;
(b)
oleh pekerjanya dalam tempoh pekerjaannya;
(c)
oleh agen yang bertindak mewakili bagi pihaknya; atau
(d)
oleh pekerja agen yang berkenaan dalam tempoh pekerjaannya atau sebaliknya bagi pihak agen itu.
Perubatan Tradisional dan Komplementari 51