Malaysia legislation

Section 7

of AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971

Seksyen 7

(1)

Jika Menteri berpuas hati bahawa peruntukan bersaling telah dibuat oleh badan perundangan mana-mana negeri atau badan perundangan mana-mana wilayah sesuatu negeri (jika badan perundangan wilayah itu mempunyai kuasa membuat peruntukan itu) bagi penyampaian dan penguatkuasaan saman penyiasatan jenayah dan prosiding jenayah lain, yang dikeluarkan dari

Malaysia, yang isinya serupa dengan yang terkandung dalam Akta ini, kepada orang yang dituduh dan kepada saksi dalam perbicaraan jenayah,

Menteri boleh dengan

Perintah memperluaskan Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada negeri atau wilayah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam

Perintah itu hendaklah dengan itu terpakai bagi negeri atau wilayah itu seolah-olah sebutan mengenai Singapura adalah sebutan mengenai negeri atau wilayah itu.

(2)

Menteri boleh dengan Perintah itu juga yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau oleh suatu Perintah yang kemudian mengarahkan bahawa Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah itu hendaklah, yang berhubungan dengan negeri atau wilayah itu, terpakai tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian, pengecualian dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dinyatakan bagi maksud melaksanakan peruntukan bersaling itu.

(3)

Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas sahaja ia dibuat.

(4)

Dalam seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.

Section 7 — AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971