Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Menteri yang bertanggungjawab bagi keadilan boleh membuat kaedah-kaedah secara am bagi melaksanakan Akta ini, dan, khususnya, tetapi dengan tidak menyentuh keluasan makna yang di atas, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
(a)
kemudahan perhubungan antara Mahkamah di Malaysia dengan Mahkamah di Singapura;
(b)
pemindahan orang yang ditangkap di bawah peruntukan seksyen 5 Akta ini dan pengawalan dan penyenggaraan mereka sehingga mereka diserahkan kepada orang yang dinamakan dalam waran sebagai yang berhak menerima mereka; dan
(c)
penyitaan dan pelupusan sesuatu harta yang menjadi hal perkara, atau yang dikehendaki sebagai bukti, sesuatu kesalahan yang dituduh di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.
Kuat kuasa kebelakangan dalam kes tertentu