Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PETROLEUM DAN ELEKTRIK (KAWALAN BEKALAN) 1974

Seksyen 3

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a)

melarang atau menyekat penggunaan kenderaan motor atau penggunaan apa-apa kelas atau jenis kenderaan motor yang ditentukan di atas semua atau mana-mana jalan yang ditentukan sama ada pada amnya atau dalam waktu atau pada hari yang tertentu;

(b)

menetapkan suatu had laju maksimum bagi semua atau apa-apa kelas atau jenis kenderaan motor yang ditentukan di atas semua atau mana-mana jalan yang ditentukan;

(c)

melarang atau menyekat pembekalan, pembahagian atau penggunaan elektrik bagi apa-apa maksud atau maksud yang ditentukan sama ada pada amnya atau dalam waktu yang ditentukan;

(d)

menyekat waktu yang dalamnya mana-mana kilang, kedai, pejabat, panggung wayang, panggung, hotel, restoran, bar, kabaret, kelab malam, taman hiburan, tempat hiburan, atau mana-mana premis perniagaan boleh dibuka untuk perniagaan;

(e)

melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia pembelian, penjualan, penyimpanan, atau pengangkutan apa-apa petroleum;

(f)

mengawal selia dan mengawal pencatuan petroleum dan, tanpa menyentuh kuasa am itu, mengadakan peruntukan bagi pendaftaran semua atau mana-mana orang atau mana-mana golongan orang, bagi maksud pencatuan dan bagi mengeluarkan dokumen catuan;

(g)

pengecualian, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan, daripada semua atau mana-mana daripada peraturan itu;

(h)

menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini; dan

(i)

pelakuan kesalahan terhadap Akta ini boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

8

Undang-Undang Malaysia

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan

(2)

(c)

boleh mengadakan peruntukan bagi memberi kuasa kepada mana-mana lembaga lektrik untuk mengurangkan atau memotong mana-mana bekalan elektrik kepada mana-mana orang yang, pada pendapat lembaga itu, melanggar atau tidak mematuhi peruntukan peraturan-peraturan itu walau apa pun apa-apa perjanjian yang telah dibuat dengan orang itu bagi pembekalan elektrik; dan tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan terhadap lembaga itu atau mana-mana anggota atau mana-mana pekerjanya, atau mana-mana jua orang lain yang bertindak di bawah arahan lembaga itu, yang berbangkit daripada pengurangan atau pemotongan apa-apa bekalan elektrik yang dilakukan oleh lembaga itu mengikut peraturan-peraturan yang dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu.

(4)

Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat dan jika tidak dibatalkan terlebih dahulu, peraturan-peraturan itu hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen membatalkan peraturan-peraturan itu, tetapi tanpa menyentuh apa-apa jua yang telah dilakukan dahulunya menurut kuasa peraturan-peraturan itu atau tanpa menyentuh kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan baru.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “lembaga elektrik” ertinya syarikat pengganti di bawah Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti)

1990 [Akta 448] dan termasuklah (jika diperuntukkan sedemikian dengan nyata oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini) seseorang yang kepadanya suatu lesen dikeluarkan untuk membekalkan elektrik kepada atau untuk kegunaan mana-mana orang lain daripada mana-mana pepasangan.

Pemberikuasaan kepada orang untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya

Section 3 — AKTA PETROLEUM DAN ELEKTRIK (KAWALAN BEKALAN) 1974