Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Petroleum dan Elektrik (Kawalan Bekalan)
(a)
menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau jika orang itu memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia telah memberikan suatu nama atau alamat palsu atau bahawa dia mungkin melarikan diri:
Dengan syarat bahawa apabila mana-mana orang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu tindakan hendaklah diambil terhadap orang itu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593];
dan
(b)
menyita apa-apa petroleum yang mengenainya dia ada sebab untuk mempercayai suatu kesalahan telah dilakukan atau mana-mana kenderaan, vesel atau barang yang dengannya apa-apa kesalahan itu telah dilakukan atau yang dia ada sebab untuk mempercayai dicadangkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
(2)
Jika mana-mana kenderaan atau vesel telah disita di bawah subseksyen (1) orang diberi kuasa itu, seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor atau seseorang pegawai kastam boleh, menurut budi bicaranya, memulangkan kenderaan atau vesel itu untuk sementara kepada pemunyanya apabila jaminan diberikan dengan memuaskan hati pegawai itu bahawa kenderaan atau vesel itu akan diserahkan balik kepadanya apabila dikehendaki.
10
Undang-Undang Malaysia
(3)
Mana-mana orang yang diberi kuasa, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor dan mana-mana pegawai kastam boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, tanpa perintah
Pendakwa Raya menjalankan kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah dalam apa-apa kes boleh tangkap.
(4)
Tanpa menyentuh Kanun Tatacara Jenayah berhubungan dengan pendakwaan, apa-apa pendakwaan mengenai sesuatu kesalahan terhadap Akta ini bolehlah dijalankan oleh seseorang yang diberi kuasa.
Kuasa untuk memasuki premis