Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen 17
dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud
Bahagian ini atau apa-apa kebenaran yang diberi di bawah seksyen 16
atau kehendak-kehendak bagi pembetulan di bawah subseksyen 17(2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan mengenai kesalahan yang berterusan, dia boleh didenda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berlaku atau berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.
Bahagian V tidak terpakai bagi pembekalan gas melalui talian paip