Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984

Seksyen 23

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang sama itu seperti yang disebut dalam subseksyen (1) atau melalui mana-mana perintah yang berikutnya, melantik mana-mana orang atau orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang atau pengetahuan khas untuk membantu orang yang dilantik sedemikian di bawah subseksyen (1) supaya mengadakan siasatan.

(3)

Mana-mana orang yang menjalankan suatu siasatan di bawah seksyen ini boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, membuka siasatan itu atau mana-mana bahagian daripada siasatan itu kepada orang ramai dan hendaklah menjalankan siasatan itu mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa keadaan sebagaimana yang difikirkannya paling berkesan bagi menentukan sebab dan hal keadaan kemalangan itu, dan bagi membolehkannya membuat laporan kepada Menteri.

(4)

Apabila bertindak menurut subseksyen (3), orang itu boleh—

(a)

menyaman mana-mana orang untuk hadir di hadapannya di sesuatu pendengaran untuk memberi keterangan dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen (jika ada) sebagaimana disebut dalam saman itu; dan

(b)

di pendengaran yang disebut dalam perenggan (a) memberi keterangan atas sumpah atau pengakuan dan bagi maksud itu, dia boleh—

(i)

menghendaki seseorang yang hadir di pendengaran itu memberi keterangan, sama ada dengan mengangkat sumpah atau membuat pengakuan; dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

(ii)

mengendalikan sumpah atau pengakuan kepada seseorang yang hadir sedemikian itu.

(5)

Jika orang yang mengadakan siasatan itu berpuas hati bahawa−

(a)

orang yang disampaikan kepadanya saman supaya hadir sebagai saksi di sesuatu pendengaran menurut perenggan (4)(a), tanpa alasan yang munasabah, tidak hadir sebagaimana dikehendaki; atau

(b)

orang yang hadir sebagai saksi di pendengaran di hadapannya telah, tanpa alasan yang munasabah—

(i)

apabila dikehendaki menurut perenggan (4)(b) sama ada untuk mengangkat sumpah atau membuat pengakuan;

(ii)

apabila dikehendaki olehnya menjawab sesuatu soalan di pendengaran itu; atau

(iii)

apabila dikehendaki mengemukakan sesuatu dokumen oleh suatu saman di bawah Akta ini yang disampaikan kepadanya seperti ditetapkan, enggan atau tidak mematuhi kehendak itu, dia boleh, melalui surat cara secara bertulis, memperakukan ketidakhadiran atau keengganan atau tidak mematuhi kehendak itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada

Mahkamah Tinggi.

(6)

Apabila suatu perakuan diberi di bawah subseksyen (5),

Mahkamah Tinggi boleh menyiasat kes itu dan, jika ia berpuas hati bahawa orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu, tanpa alasan yang munasabah, tidak hadir atau enggan mematuhi kehendak sebagaimana dinyatakan dalam perakuan itu—

(a)

boleh memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu pendengaran di hadapan orang yang mengadakan siasatan itu pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 27

(b)

boleh menghukum orang itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia bersalah menghina Mahkamah itu, dan jika difikirkannya patut, boleh juga membuat suatu perintah di bawah perenggan (a).

Menghina orang yang menjalankan siasatan

Section 23 — AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984