Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Kategori petroleum yang dikecualikan
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Bahagian ini kecuali peruntukan seksyen 23, 24, 25 dan 26 terpakai bagi penstoran dan pengendalian petroleum dalam hal yang berikut:
(a)
95 liter atau kurang petroleum Kelas IA;
(b)
450 liter atau kurang petroleum Kelas IB, IC, Kelas II atau III;
(c)
225 liter atau kurang petroleum Kelas IB, IC, Kelas II atau
Kelas III dalam tangki mudah alih;
(d)
bekalan bagi satu hari atau kurang bagi kegunaan perindustrian; dan
(e)
50 kilogram atau kurang gas petroleum cair dalam silinder yang menunggu untuk digunakan dalam premis domestik:
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 29
Dengan syarat bahawa bekas atau bejana dalam mana petroleum itu distor hendaklah tertakluk pada mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berhubungan dengan reka bentuk dan spesifikasi bekas atau bejana itu.
Bahagian VI tidak terpakai bagi pemegang lesen di bawah Akta
Bekalan Gas 1993