Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
meletakkan talian paip atau sekian panjang talian paip, memeriksa, menyenggara, menyelaras, membaiki, mengubah atau membaharui sesuatu talian paip atau sekian panjang talian paip, menukar kedudukan talian paip atau sekian panjang talian paip, atau memindahkan sesuatu talian paip atau sekian panjang talian paip di pantai atau di luar pantai; dan
(b)
memecah atau membuka tanah bagi maksud kerja yang disebut dalam perenggan tersebut dahulu dan membuat tembusan atau menggerek bagi maksud itu dan kerja lain yang dikehendaki bagi atau bersampingan dengan maksud itu di pantai atau di luar pantai;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai petroleum;
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 9
“nakhoda” ertinya mana-mana orang kecuali malim, yang berkuasa atau bertanggungjawab ke atas mana-mana kapal;
“pegawai pelabuhan” ertinya pegawai pelabuhan sebagaimana ditakrifkan di bawah
Ordinan
Perkapalan
Saudagar 1952
[Ord. 70 tahun 1952], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah
[Ord. 11 tahun 1960] dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi
Sarawak [Ord. 2 tahun 1960];
“pelabuhan” ertinya—
(a)
suatu pelabuhan atau tempat yang diisytiharkan sebagai suatu pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952;
(b)
suatu tempat yang ditetapkan sebagai suatu pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah,
Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sarawak dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
(c)
kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 Akta
Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi Port Persekutuan 1979 [Akta 217] menjadi Port
Bintulu;
“Pemeriksa Kapal” ertinya Pemeriksa Kapal yang dilantik di bawah seksyen 10 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, seksyen 130 Ordinan
Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah dan seksyen 130 Ordinan
Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sarawak dan hendaklah termasuk
Ketua Pemeriksa Kapal;
“pemunya” termasuk mana-mana orang yang kepadanya diberi keempunyaan, kekuasaan atau hak milik mengenai harta dan
“pemunya” berhubungan dengan sesuatu vesel termasuklah seorang pencarter;
“penghuni”
ertinya mana-mana orang yang sebenarnya menggunakan atau menghuni premis atau sebahagian daripadanya;
“pengangkutan” ertinya perbuatan membawa petroleum dari sesuatu tempat atau vesel ke mana-mana tempat atau vesel lain dengan
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
apa-apa cara atau bentuk pengangkutan seperti di darat, udara dan air dan termasuklah penghantaran melalui talian paip, kedua-duanya di pantai atau di luar pantai, atas tanah atau di bawah tanah, dalam air atau di bawah air;
“pengendali” ertinya mana-mana orang yang menjalankan sesuatu urusan atau pengendalian tertentu sama ada secara langsung atau melalui ejen;
“pengendalian”
termasuklah perbuatan menyentuh, merasa, mencengkam, memindahkan atau menuang dengan tangan atau dibantu dengan apa-apa cara;
“penggunaan” ertinya perbuatan menggunakan atau fakta sebagai digunakan dan termasuklah memudahkan atau melaksanakan apa-apa perbuatan tersebut yang melibatkan petroleum atau keluaran petroleum;
“penstoran” termasuk pemprosesan, pembahagian, atau pemindahan petroleum; perbuatan meletakkan dalam stor, atau menyusun di sesuatu tempat atau dalam sesuatu pesawat udara, kenderaan motor, trailer motor atau vesel;
“petroleum” ertinya apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semula jadinya dan kepala selongsong petroleum spirit termasuk batu syal bitumen dan mendapan lain yang berlapis yang darinya minyak boleh diperoleh, termasuk keluaran petroleum;
“petroleum Kelas I” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala di bawah 37.8˚C
“petroleum Kelas IA” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala di bawah 22.8˚ C dan mempunyai titik didih di bawah 37.8˚ C;
“petroleum Kelas IB” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala di bawah 22.8˚ C dan mempunyai titik didih pada atau lebih tinggi daripada 37.8˚ C;
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 11
“petroleum Kelas IC” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 22.8˚ C dan di bawah 37.8˚ C;
“petroleum Kelas II” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 37.8˚ C dan di bawah 60˚ C;
“petroleum Kelas III” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 60˚C;
“petroleum Kelas IIIA” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 60˚C dan di bawah 93.4˚C;
“petroleum Kelas IIIB” ertinya petroleum yang mempunyai titik nyala pada atau lebih tinggi daripada 93.4˚C;
“petroleum pukal” ertinya suatu kargo homogen petroleum yang distor dalam tangki aliran bebas dan dikehendaki supaya dikendalikan secara mengepam atau melalui aliran graviti;
“pihak berkuasa tempatan” atau “pihak berkuasa” ertinya “pihak berkuasa tempatan” sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Kerajaan
Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan
Sarawak [Swk. Bab 117] atau Perbandaran yang ditubuhkan di bawah
Ordinan Perbandaran Kuching bagi Negeri Sarawak [Swk. Bab 116]
dan
“pihak berkuasa”
sebagaimana ditakrifkan di bawah
Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 bagi Negeri Sabah [Sabah Ord.
Tahun 1961];
“premis berlesen” ertinya premis yang mengenainya terdapat lesen bagi menstor dan mengendalikan petroleum;
“sistem bahan api gas petroleum cair” ertinya sesuatu pasangan yang mengandungi satu atau lebih bekas yang mempunyai cara untuk menghantar gas petroleum cair dari bekas itu ke alat pembahagi atau penggunaan (sama ada berterusan atau terhenti-henti) dan yang menyatukan komponen yang dimaksudkan untuk mendapatkan pengawalan kuantiti, pengaliran, tekanan atau keadaan (sama ada cecair atau wap);
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
“talian paip” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang melaluinya petroleum digerakkan dalam pengangkutan termasuk paip, injap dan perkakas lain yang dipasangkan kepada paip, pam, unit pemampat, meter, pengatur dan pasangan-pasangan berangka;
“tataamalan ertinya suatu dokumen yang menetapkan amalan yang disyorkan bagi reka bentuk, pengilangan, pembentukan, penyenggaraan atau penggunaan kelengkapan, pemasangan, struktur atau keluaran dan yang disebut dalam seksyen 46;
“tempat berlabuh petroleum” ertinya suatu tempat yang ditetapkan sebagai tempat berlabuh petroleum melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“vesel” termasuklah setiap jenis vesel sama ada didorong oleh jentera atau layar, bangkai kapal, jong, bot, sampan atau apa-apa jenis kraf yang digunakan untuk membawa orang atau benda melalui air atau untuk penstoran.
(2)
Menteri boleh melalui perintah meminda, mengubah, memotong daripada atau menambah kepada Jadual.