Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984

Seksyen 36

Jika apa-apa pelan, lukisan, perihalan, hitungan, binaan, ujian atau kendalian berkenaan dengan mana-mana bangunan, pepasangan, kelengkapan atau radas yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi pengangkutan, penstoran atau penggunaan petroleum dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya ditentusahkan, penentusahan itu hendaklah dilakukan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana ditetapkan oleh peraturan-peraturan itu:

Dengan syarat bahawa penentusahan itu hendaklah termasuk suatu aku janji oleh orang yang membuat penentusahan itu untuk menerima tanggungjawab sepenuhnya berkenaan dengan bangunan, pepasangan, kelengkapan atau radas itu.

Section 36 — AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984