Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Seseorang Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa pemeriksaan atau siasatan sebagaimana perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi, dan bagi maksud itu dia—
(a)
boleh selepas mengemukakan surat kuasa secara bertulis yang dikeluarkan oleh
Ketua
Jabatannya untuk melaksanakan kemasukan itu, memasuki, meneliti dan memeriksa pada setiap masa yang munasabah pada waktu siang atau pada waktu malam mana-mana premis berlesen, dan tiap-tiap bahagiannya, dan mana-mana premis di mana petroleum disimpan, atau yang dia mengesyaki ada tersimpan, dengan melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
(b)
boleh menghendaki penghuni mana-mana premis yang dia berhak masuk atau semua orang yang diambil kerja di dalamnya oleh penghuni itu, memberi kepadanya sampel mana-mana petroleum yang dijumpai di premis itu;
(c)
boleh menghendaki pengemukaan rekod, perakuan, notis dan dokumen yang disimpan menurut Akta ini dan apa-apa jua pun dan untuk meneliti, memeriksa dan membuat salinan dari mana-mana daripadanya; dan
(d)
boleh menghendaki supaya sesuatu pengendalian sama ada secara langsung atau secara tidak langsung berkaitan dengan pengangkutan, penstoran atau penggunaan petroleum dalam mana-mana premis dihentikan, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pengendalian yang berterusan akan memudaratkan keselamatan nyawa atau harta, atau menyebabkan tidak boleh dikendalikan apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya yang tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan melekatkan suatu meterai atau dengan cara lain yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.
(3)
Penghuni mana-mana premis yang tersebut di atas, ejennya dan mana-mana orang yang diambil kerja olehnya hendaklah memberi cara yang dikehendaki oleh seseorang Inspektor sebagaimana perlu bagi kemasukan, penelitian dan pemeriksaan itu yang dia berhak membuat di bawah Akta ini.
(4)
Jika mana-mana orang tidak membenarkan seseorang Inspektor memasuki, meneliti atau memeriksa sebagaimana tersebut di atas, atau tidak mematuhi apa-apa kehendak seseorang Inspektor sebagaimana tersebut di atas atau dengan apa-apa cara menghalang Inspektor itu dalam melaksanakan kewajipannya, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “premis” termasuk semua vesel dan kenderaan yang tersebut di bawah Bahagian II, Bahagian III dan