Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984

Seksyen 45

Tanpa menyentuh kuasa Menteri yang diberi di bawah Akta ini, dia boleh membuat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah—

(a)

bagi menetapkan ujian yang hendak dikenakan bagi semua petroleum untuk menentukan titik nyalanya, dan cara pemakaiannya;

Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 41

(b)

bagi menentukan pengelasan petroleum atau mana-mana daripada berbagai jenis cecair yang disebut dalam seksyen 2;

(c)

bagi mengawal selia pelesenan dan pengurusan tempat bagi penstoran petroleum;

(d)

bagi mengawal selia pemuatan dan pemunggahan dan pelepasan petroleum;

(e)

bagi mengawal selia keselamatan pengangkutan petroleum;

(f)

bagi menetapkan pembinaan dan bahan-bahan mana-mana tempat dalam mana petroleum boleh distor;

(g)

bagi mengawal selia cara bagaimana petroleum hendak distorkan;

(h)

bagi menetapkan tatacara, kelengkapan, bahan, perkakas dan alat yang akan digunakan untuk mencegah atau memadam kebakaran dalam mana-mana tempat;

(i)

bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan premis yang bersempadan dengan tempat-tempat yang dilesen;

(j)

bagi menetapkan syarat dan sekatan yang akan dikenakan ke atas vesel yang tiba di mana-mana pelabuhan selepas membawa petroleum sebagai sebahagian atau kesemua kargo terakhirnya;

(k)

bagi menetapkan fi bagi lesen dan permit yang boleh dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

(l)

(Dipotong oleh Akta A807);

(m)

bagi menetapkan tempat berlabuh petroleum di mana-mana pelabuhan;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

(n)

bagi menetapkan piawaian dan cara pembinaan dan bahan yang digunakan bagi talian paip;

(o)

bagi menetapkan kelayakan yang hendak diperoleh oleh orang sebelum mereka boleh ditempatkan untuk menjaga atau diamanahkan dengan penjagaan atau pengurusan pepasangan tertentu atau sebelum mereka boleh terus menjalankan kerja tertentu yang berkaitan dengan petroleum atau keluaran petroleum;

(p)

bagi menetapkan jenis latihan, peperiksaan dan ujian bagi pengawardan perakuan dalam perenggan (o) di atas, bentuk perakuan itu, cara dan pengeluarannya, dan fi yang kena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan itu dan bagi menetapkan cara dan hal keadaan dalam mana perakuan itu boleh diubah suai, digantung atau dibatalkan; dan

(q)

amnya bagi menjalankan maksud Akta ini.

Kuasa Menteri menetapkan tataamalan

Section 45 — AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984