Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984

Seksyen 5

(2)

Jika mana-mana orang melanggar mana-mana peruntukan dalam Bahagian ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan dia boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berlaku atau berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan:

Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu pelanggaran mana-mana peruntukan Bahagian ini atau apa-apa kehendak mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini yang berhubungan dengan petroleum Kelas IA atau Kelas IB, mana-mana orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit dan denda tambahan tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berlaku atau berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

Section 5 — AKTA PETROLEUM (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) 1984