Malaysia legislation

Section 100

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 100

(2)

Walau apa pun pemansuhan Akta Petunjuk Geografi 2000

di bawah subseksyen (1)—

(a)

apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah pelantikan itu telah dibuat di bawah

Akta ini;

(b)

semua keputusan, arahan dan notis yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang keputusan, arahan dan notis itu selaras

Petunjuk Geografi 89

dengan Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga keputusan, arahan dan notis itu dibatalkan atau dipinda;

(c)

apa-apa pendaftaran dan apa-apa perkara yang berhubungan dengannya yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, tertakluk kepada terma, syarat, pengehadan dan tempoh kesahan yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah perakuan pendaftaran itu telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan Pendaftar atau

Mahkamah boleh membetulkan, memperbaharui atau membatalkan pendaftaran itu mengikut kuasa yang diberikan kepada Pendaftar atau Mahkamah oleh peruntukan yang berkaitan Akta ini;

(d)

apa-apa perkara yang dikehendaki untuk diiklankan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan yang belum selesai penyiaran dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disiarkan dalam Jurnal Rasmi

Harta Intelek dan perkara itu hendaklah disifatkan telah diiklankan di bawah Akta yang dimansuhkan; dan

(e)

mana-mana pendaftaran ejen petunjuk geografi di bawah

Akta yang dimansuhkan dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah pendaftaran itu telah dibuat di bawah Akta ini dan Pendaftar boleh memperbaharui atau membatalkan pendaftaran ejen petunjuk geografi itu mengikut kuasa yang diberikan kepadanya oleh peruntukan yang berkaitan Akta ini.

(3)

Apa-apa perkara yang dikehendaki untuk diiklankan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan dan disiarkan dalam Warta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Jurnal Rasmi

Harta Intelek dan seksyen 85 Akta ini hendaklah terpakai sewajarnya tanpa menjejaskan apa-apa undang-undang bertulis yang lain; dan

Undang-Undang Malaysia 90

Akta 836

(b)

hendaklah terus berkuat kuasa sehingga disiarkan selainnya dalam Jurnal Rasmi Harta Intelek.

(4)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan, dan jika didaftarkan, petunjuk geografi itu hendaklah dikira bagi maksud Akta ini sebagai suatu petunjuk geografi berdaftar.

(5)

Apa-apa petunjuk geografi yang didaftarkan di bawah Akta yang dimansuhkan dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, tertakluk kepada peruntukan

Akta ini, menjadi suatu petunjuk geografi berdaftar bagi maksud

Akta ini.

(6)

Seksyen 19 Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terpakai bagi apa-apa petunjuk geografi yang didaftarkan di bawah Akta yang dimansuhkan yang pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi itu menjadi genap masa pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), kehendak bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi di bawah Akta ini hendaklah terpakai tidak kira bahawa fi pembaharuan itu telah dibayar sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Garis panduan, dsb., mengenai perkara peralihan

Section 100 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my