Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 10

(a)

petunjuk geografi itu tidak berpadanan dengan pengertian “petunjuk geografi” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 836

(b)

petunjuk geografi itu mengenal pasti barang yang tidak termasuk dalam apa-apa kategori barang sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;

(c)

petunjuk geografi itu terdiri semata-mata daripada suatu petunjuk yang sama dengan terma yang lazim dalam bahasa umum sebagai nama umum bagi apa-apa barang di Malaysia jika pendaftaran dimohon berhubung dengan barang itu;

(d)

petunjuk geografi itu bertentangan dengan ketenteraman awam atau kemoralan;

(e)

petunjuk geografi itu tidak atau telah terhenti daripada dilindungi di negara atau wilayah asalnya;

(f)

barang itu tidak berasal daripada negara, rantau atau lokaliti yang dinyatakan dalam permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu; atau

(g)

petunjuk geografi berhubung dengan barang itu adalah sedemikian rupa yang boleh mengelirukan orang awam tentang tempat asal sebenar barang itu.

(2)

Tertakluk kepada seksyen 11, Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu petunjuk geografi jika wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana petunjuk geografi itu adalah sama atau serupa dengan, dan mempunyai asal geografi yang sama sebagaimana, suatu petunjuk geografi terdahulu.

(3)

Pendaftar tidak boleh mendaftarkan suatu petunjuk geografi jika wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam atas sebab petunjuk geografi itu adalah sama atau serupa dengan suatu cap dagangan jika cap dagangan itu memenuhi mana-mana syarat yang berikut:

(a)

cap dagangan itu ialah cap dagangan berdaftar atau pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan

Malaysia, dan mengambil kira, jika bersesuaian, tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan di bawah

Akta Cap Dagangan 2019 jika—

(i)

permohonan bagi pendaftaran cap dagangan itu dibuat dengan suci hati; atau

(ii)

cap dagangan itu didaftarkan dengan suci hati,

Petunjuk Geografi 21

di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia; atau

(b)

cap dagangan itu telah digunakan dengan suci hati di Malaysia dalam penjalanan perdagangan sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu di Malaysia.

(4)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu petunjuk geografi yang sama atau serupa dengan suatu cap dagangan jika—

(a)

sebelum tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu, cap dagangan itu ialah cap dagangan terkenal di Malaysia; dan

(b)

pendaftaran petunjuk geografi itu boleh mengelirukan pengguna tentang identiti sebenar barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu.

(5)

Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Pendaftar boleh, mengikut budi bicaranya, mendaftarkan mana-mana petunjuk geografi yang disebut dalam subseksyen (3) atau (4), jika tuan punya cap dagangan yang disebut dalam subseksyen (3) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

memberikan kebenaran untuk pendaftaran itu; atau

(b)

gagal memfailkan suatu notis kepada Pendaftar mengenai bangkangannya terhadap pendaftaran mengikut subseksyen 16(1).

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

sebutan bagi petunjuk geografi termasuklah suatu varian petunjuk geografi itu; dan

(b)

penolakan pendaftaran di bawah seksyen ini bagi apa-apa varian suatu petunjuk geografi tidak menghalang pendaftaran apa-apa varian lain bagi petunjuk geografi itu jika varian itu memenuhi kehendak Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 836

Pendaftaran petunjuk geografi homonim

Section 10 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my