Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 12

(2)

Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah membuat suatu carian mengenai mana-mana petunjuk geografi terdahulu atau cap dagangan terdahulu setakat yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

(3)

Jika permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang dibuat oleh pemohon itu tidak memenuhi apa-apa kehendak bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi, Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon alasan penolakan sementara itu melalui suatu notis bertulis dan memberi pemohon itu suatu peluang, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar dalam notis bertulis itu, untuk—

(a)

membuat suatu representasi melalui hujahan bertulis atau pendengaran;

Petunjuk Geografi 23

(b)

meminda permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu untuk memenuhi apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pendaftar untuk dikenakan; atau

(c)

memberikan maklumat atau keterangan tambahan atau apa-apa maklumat atau keterangan lain.

(4)

Mana-mana pendengaran di bawah perenggan (3)(a)

dan pindaan di bawah perenggan (3)(b) hendaklah dibuat oleh pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(5)

Jika—

(a)

pemohon tidak menjawab kepada Pendaftar dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik; atau

(b)

jawapan yang diberikan oleh pemohon tidak memuaskan hati

Pendaftar, Pendaftar hendaklah menolak permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu, dan setelah suatu permohonan dibuat oleh pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, menyatakan secara bertulis alasan bagi penolakan itu.

(6)

Selepas pemeriksaan, jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu memenuhi kehendak bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi, Pendaftar hendaklah menyetuju terima permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu.

(7)

Jika suatu rayuan dibuat kepada Mahkamah terhadap keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan penolakan di bawah perenggan (5)(b)—

(a)

rayuan itu hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan;

(b)

Mahkamah hendaklah, jika perlu, mendengar pemohon dan Pendaftar; dan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 836

(c)

rayuan itu hendaklah didengar berdasarkan material sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar yang telah digunakan olehnya dalam membuat keputusan itu dan tiada alasan tambahan bagi penolakan penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu boleh dibenarkan untuk dikemukakan oleh Pendaftar selain yang dinyatakan sedemikian kecuali dengan kebenaran

Mahkamah.

(8)

Bagi maksud perenggan (7)(c), jika apa-apa alasan tambahan penolakan sementara itu dikemukakan oleh Pendaftar, pemohon hendaklah, tanpa pembayaran apa-apa kos, berhak untuk menarik balik—

(a)

rayuannya mengikut cara yang ditetapkan; dan

(b)

permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografi dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(9)

Dalam memutuskan suatu rayuan di bawah subseksyen (7),

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubah suaian atau pengehadan, jika ada, bagi penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu.

(10)

Apa-apa permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi yang difailkan di bawah seksyen 8 dan disetuju terima di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun apa-apa syarat, pindaan, ubah suai atau pengehadan yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Mahkamah yang akan dibuat dalam permohonan itu, disifatkan telah dibuat pada tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu.

(11)

Tanpa menjejaskan subseksyen (10), jika selepas penyetujuterimaan suatu permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi tetapi sebelum pendaftaran petunjuk geografi itu, Pendaftar berpuas hati bahawa—

(a)

permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu telah disetuju terima secara khilaf; atau

(b)

dalam hal keadaan khas kes itu—

(i)

petunjuk geografi itu tidak boleh didaftarkan; atau

Petunjuk Geografi 25

(ii)

petunjuk geografi itu hendaklah didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan,

Pendaftar boleh membatalkan penyetujuterimaan itu dan meneruskan seolah-olah permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi itu tidak pernah disetuju terima, atau berkenaan dengan suatu petunjuk geografi yang hendaklah didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan, mengeluarkan semula suatu penyetujuterimaan baharu tertakluk kepada syarat atau pengehadan tambahan atau berlainan itu.

(12)

Bagi maksud seksyen ini, “cap dagangan terdahulu”

ertinya—

(a)

suatu cap dagangan berdaftar atau pendaftaran antarabangsa terlindung yang menamakan Malaysia, yang permohonan bagi pendaftarannya telah dibuat terlebih dahulu daripada permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang berkenaan, dengan mengambil kira, jika bersesuaian, tuntutan keutamaan berkenaan dengan cap dagangan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang berhubungan dengan cap dagangan; atau

(b)

suatu cap dagangan, pada tarikh permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi yang berkenaan, ialah cap dagangan terkenal, dan termasuklah suatu cap dagangan yang berkenaan dengannya suatu permohonan bagi pendaftaran telah dibuat dan yang, jika didaftarkan, akan menjadi suatu cap dagangan yang terdahulu menurut perenggan (a) tertakluk kepada ia didaftarkan sedemikian.

Penyetujuterimaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi

Section 12 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my