Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Bagi maksud memperbaharui pendaftaran petunjuk geografi di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki tuan punya berdaftar untuk memberikan apa-apa butir-butir tambahan sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menolak untuk memperbaharui pendaftaran itu jika tuan punya berdaftar tidak memberikan butir-butir tambahan sebagaimana yang dikehendaki.
(3)
Jika tuan punya berdaftar membuat permohonan bagi pembaharuan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh habis tempoh pendaftaran itu, permohonan bagi pembaharuan itu hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan surcaj yang ditetapkan.
Petunjuk Geografi 31
(4)
Dalam hal keadaan jika tuan punya berdaftar tidak memperbaharui pendaftaran petunjuk geografi selepas enam bulan dari tarikh habis tempoh pendaftaran, petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan sebagai dikeluarkan.
(5)
Jika petunjuk geografi itu telah disifatkan sebagai dikeluarkan di bawah subseksyen (4), tuan punya berdaftar itu boleh memohon bagi kemasukan semula pendaftaran yang dikeluarkan itu dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran itu bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
(6)
Bagi maksud kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi di bawah subseksyen (5), Pendaftar boleh menghendaki tuan punya berdaftar untuk memberikan apa-apa butir-butir tambahan sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menolak untuk memasukkan semula pendaftaran petunjuk geografi itu jika tuan punya berdaftar tidak memberikan butir-butir tambahan sebagaimana yang dikehendaki.
(7)
Apa-apa pembaharuan atau kemasukan semula pendaftaran petunjuk geografi yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu atau tarikh habis tempoh pembaharuan pendaftaran yang terdahulu itu.
(8)
Pendaftaran petunjuk geografi itu hendaklah terhenti jika tiada permohonan bagi kemasukan semula dibuat di bawah subseksyen (5)
atau permohonan bagi pembaharuan pendaftaran petunjuk geografi itu ditolak oleh Pendaftar di bawah subseksyen (6).
(9)
Pembaharuan atau kemasukan semula pendaftaran suatu petunjuk geografi di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Jurnal Rasmi Harta Intelek.