Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 23

(a)

petunjuk geografi itu telah didaftarkan dengan melanggar seksyen 10 kecuali bagi perenggan 10(1)(e);

(b)

pendaftaran petunjuk geografi itu telah diperoleh secara fraud atau dengan salah nyataan;

(c)

petunjuk geografi itu tidak lagi digunakan atau telah terhenti daripada dilindungi di negara atau wilayah asalnya;

(d)

terdapat kegagalan oleh tuan punya berdaftar untuk menyenggara, di Malaysia, apa-apa aktiviti atau kepentingan komersial berhubung dengan petunjuk geografi itu, termasuk pengkomersialan, promosi atau pemantauan pasaran;

atau

(e)

berbangkit daripada kegagalan untuk menyenggara apa-apa aktiviti atau kepentingan komersial berhubung dengan petunjuk geografi itu, termasuk pengkomersialan, promosi atau pemantauan pasaran di Malaysia oleh mana-mana pihak yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi berdaftar itu, petunjuk geografi itu telah menjadi nama umum bagi barang itu di Malaysia.

(2)

Apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), orang itu hendaklah memberitahu pengeluar yang mempunyai hak penggunaan petunjuk geografi itu di bawah seksyen 28 yang berada dalam pengetahuannya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(3)

Pengeluar yang disebut dalam subseksyen (2) dan mana-mana orang yang berkepentingan lain boleh, dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah, memohon kepada Mahkamah bagi kebenaran untuk menyertai apa-apa prosiding yang boleh didengar oleh Mahkamah untuk menentukan sama ada atau tidak pendaftaran petunjuk geografi itu patut dibatalkan.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 836

(4)

Jika pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan oleh

Mahkamah atas mana-mana alasan di bawah perenggan (1)(a) atau (b), petunjuk geografi itu hendaklah disifatkan tidak pernah didaftarkan, tetapi pembatalan itu tidak boleh menyentuh transaksi yang lalu dan telah ditutup.

(5)

Jika pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan oleh

Mahkamah atas mana-mana alasan di bawah perenggan (1)(c), (d)

atau (e), hak yang diberikan oleh pendaftaran petunjuk geografi itu kepada mana-mana orang yang berkepentingan bagi barang yang dikenal pasti oleh petunjuk geografi itu hendaklah terhenti berkuat kuasa dari—

(a)

tarikh permohonan bagi pembatalan itu dibuat; atau

(b)

jika Mahkamah berpuas hati bahawa alasan itu telah wujud pada tarikh yang lebih awal, tarikh yang lebih awal itu.

(6)

Jika pembatalan petunjuk geografi berdaftar dibuat oleh

Mahkamah di bawah seksyen ini, orang yang membuat permohonan untuk membatalkan pendaftaran itu hendaklah memberitahu semua orang yang mempunyai hak dalam petunjuk geografi berdaftar yang dalam pengetahuannya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar mengenai pembatalan itu.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “dalam pengetahuannya” termasuklah maklumat dalam Daftar mengenai pengeluar yang mempunyai hak penggunaan ke atas petunjuk geografi itu.

Pembatalan pendaftaran apa-apa varian

Section 23 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my