Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
menggunakan petunjuk geografi itu; dan
(b)
membenarkan orang lain untuk menggunakan petunjuk geografi itu.
(2)
Bagi maksud Bahagian ini, “guna” termasuklah membuat, mengimport, mengeksport, menawarkan untuk dijual, menjual atau menggunakan petunjuk geografi berhubung dengan barang yang baginya petunjuk geografi itu didaftarkan.
(3)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tuan punya berdaftar mempunyai hak untuk mengambil tindakan, atau mendapatkan relief atau remedi di bawah seksyen 34, 35 atau 77.
(4)
Hak tuan punya berdaftar itu hendaklah terakru dari tarikh pendaftaran petunjuk geografi itu dan tiada prosiding boleh dimulakan sebelum tarikh yang petunjuk geografi itu sebenarnya didaftarkan.
(5)
Bagi maksud subseksyen (4), tiada kesalahan di bawah seksyen 34 atau 35 dilakukan bagi apa-apa yang dibuat sebelum tarikh yang petunjuk geografi itu sebenarnya didaftarkan.
(6)
Jika petunjuk geografi itu didaftarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengehadan, hak tuan punya berdaftar itu adalah disekat oleh syarat atau pengehadan itu.
Pemindahmilikan pendaftaran petunjuk geografi berdaftar