Malaysia legislation

Section 46

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 46

(2)

Pengawal boleh menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah seksyen 44.

(3)

Jika dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (2)

mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas kapasitinya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara—

(a)

peguam bela dan peguam cara itu hendaklah berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu; atau

(b)

orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi terlindung itu dibuat, atau jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh bersetuju bahawa peguam bela dan peguam cara itu hendaklah mematuhi kehendak itu.

(4)

Walau apa pun perenggan (3)(b), jika peguam bela dan peguam cara itu enggan untuk mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberikan kepada Pengawal secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya, olehnya atau bagi pihaknya komunikasi terlindung itu dibuat.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau yang mengelirukan

Section 46 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my