Malaysia legislation

Section 54

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 54

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang

Penolong Pengawal dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada anak guamnya atau wakil anak guamnya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada anak guam itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Petunjuk Geografi 59

(b)

kepada mana-mana orang yang menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

(4)

Dalam mana-mana prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, ia adalah menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.

(5)

Seseorang Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan olehnya dalam penjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang diniatkan, Akta ini.

Waran geledah boleh diterima walaupun cacat

Section 54 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my