Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berhubungan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan ke atas barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dan bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada seseorang Penolong Pengawal bahawa dia menuntut barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu.
Petunjuk Geografi 61
(5)
Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima,
Penolong Pengawal hendaklah merujuk tuntutan itu kepada
Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilepaskan atau boleh mengarah
Penolong Pengawal untuk merujuk perkara itu kepada mahkamah bagi keputusan.
(6)
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dan orang yang daripadanya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu telah disita supaya hadir di hadapan mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilucuthakkan atau boleh jika tidak dibuktikan sedemikian memerintahkan supaya barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu dilepaskan kepada orang yang berhak ke atasnya.
(7)
Apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal yang hendaklah melupuskan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu mengikut arahan Pengawal.
(8)
Jika apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau jika penjagaan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu boleh dijual oleh Penolong Pengawal pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang oleh Penolong Pengawal untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.
Pelepasan barang, dsb., yang disita