Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), bagi maksud
Akta ini, apa-apa bilangan pejabat cawangan Pejabat Petunjuk
Geografi sebagaimana yang perlu hendaklah ditubuhkan.
(3)
Apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai pengemukaan di Pejabat Petunjuk
Geografi termasuklah sebutan mengenai pengemukaan di suatu pejabat cawangan.
(4)
Semua komunikasi dengan Pejabat Petunjuk Geografi hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.