Malaysia legislation
Section 75
Seksyen 75
Salinan dokumen yang dimeterai menjadi keterangan
(2)
Suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah tanpa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.
(3)
Suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh
Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang Pendaftar diberi kuasa untuk melakukan dan yang dia telah atau belum lakukan hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah mengenai hal yang dia telah lakukan atau belum lakukan perbuatan itu.
Petunjuk Geografi 71
(4)
Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan boleh dikehendaki untuk hadir ke mahkamah bagi maksud mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau suatu petunjuk geografi berdaftar yang boleh diperoleh di bawah peruntukan Akta ini.
(5)
Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh meminta apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) atau (3) dengan memfailkan suatu permintaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.
Borang elektronik, dsb., yang diperaku oleh Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan