Malaysia legislation

Section 77

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 77

(2)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi perbuatan yang berikut:

(a)

penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi dengan apa-apa cara mengenai nama atau penyampaian apa-apa barang yang menunjukkan atau mencadangkan, mengikut cara yang mengelirukan orang awam tentang tempat asal geografi barang itu, bahawa barang yang berkenaan berasal daripada kawasan geografi selain tempat asal sebenar barang itu;

(b)

apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi yang menjadi suatu tindakan persaingan tidak saksama mengikut pengertian

Perkara 10bis Konvensyen Paris bagi Perlindungan

Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883, sebagaimana yang disemak atau dipinda dari semasa ke semasa, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;

(c)

apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi yang mengenal pasti wain bagi wain yang tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan atau suatu petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit bagi spirit yang tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan, walaupun jika asal sebenar wain atau spirit itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam terjemahan atau bersama dengan ungkapan seperti

“jenis”, “macam”, “gaya” atau “tiruan” atau apa-apa perkataan atau ungkapan yang serupa.

(3)

Apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi mengikut pengertian subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai suatu perbuatan yang seksyen ini terpakai, walaupun jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang tempat asal geografi barang yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada negara, wilayah, rantau atau lokaliti lain.

Petunjuk Geografi 73

(4)

Bagi maksud subseksyen (2), “apa-apa penggunaan dalam penjalanan perdagangan suatu petunjuk geografi“ termasuklah penggunaan suatu cap dagangan yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang berkenaan.

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar yang mengenal pasti apa-apa barang, selain wain atau spirit, merujuk kepada suatu kategori barang, berhubung dengan apa-apa barang yang berada dalam kategori yang sama seperti barang itu, tetapi tidak berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi berdaftar yang berkenaan, walaupun jika tempat asal sebenar barang itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam terjemahan atau bersama dengan apa-apa ungkapan seperti “jenis” “macam”,

“gaya” atau “tiruan” atau apa-apa perkataan atau ungkapan yang serupa.

(6)

Apa-apa penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar mengikut pengertian subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai suatu perbuatan yang baginya seksyen ini terpakai, walaupun jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang asal geografi barang yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada negara, wilayah, rantau atau lokaliti lain.

(7)

Subseksyen (5) tidak terpakai bagi penggunaan suatu petunjuk geografi berdaftar untuk mengenal pasti suatu bahan apa-apa barang, jika petunjuk geografi itu secara harfiahnya adalah benar tentang tempat asal geografi bahan yang berkenaan, dengan syarat bahawa penggunaan itu tidak memberikan gambaran yang palsu kepada orang awam bahawa barang itu berasal daripada tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi itu.

(8)

Dalam suatu tindakan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memberikan—

(a)

suatu injunksi tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau

(b)

dalam apa-apa hal yang baginya subseksyen (5), (6)

atau (7) terpakai—

(i)

suatu award ganti rugi atau akaun keuntungan; dan

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 836

(ii)

apa-apa remedi undang-undang atau relief lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Petunjuk geografi homonim

Section 77 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my