Malaysia legislation

Section 88

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022

Seksyen 88

Alamat penyampaian

(2)

Alamat yang diberikan kepada Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah dicatatkan ke dalam Daftar atau rekod

Pendaftar dan hendaklah disifatkan sebagai alamat penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1) bagi semua prosiding di hadapan

Pendaftar.

(3)

Seseorang pemohon, mana-mana orang yang membangkang pendaftaran suatu petunjuk geografi atau mana-mana orang lain yang terlibat dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar boleh meminta untuk mengubah alamat penyampaian dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Apabila permintaan untuk perubahan dalam subseksyen (3)

bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan diterima,

Pendaftar hendaklah mengubah alamat penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1).

Petunjuk Geografi 81

(5)

Pendaftar boleh enggan untuk meneruskan dengan permohonan atau pendaftaran suatu petunjuk geografi jika alamat penyampaian sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak diberikan.

(6)

Jika orang yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak menetap atau menjalankan perniagaan secara prinsipal di Malaysia, alamat penyampaian ejen petunjuk geografi berdaftarnya hendaklah dicatatkan ke dalam Daftar atau rekod Pendaftar dan hendaklah disifatkan sebagai alamat penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1) bagi semua prosiding di hadapan Pendaftar.

Kuasa Pendaftar untuk membenarkan pindaan dokumen

Section 88 — AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2022 | mylaw.my