Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) berhasrat untuk mendaftarkan apa-apa varian suatu petunjuk geografi dan petunjuk geografi itu ialah subjek kepada suatu permohonan bagi pendaftaran, pendaftaran bagi varian itu hendaklah dibuat dalam suatu permohonan bagi pendaftaran yang berlainan.
(3)
Jika petunjuk geografi yang dimohon bagi pendaftaran itu mengandungi atau terdiri daripada perkataan yang tiada dalam huruf Rumi, atau bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar—
(a)
transliterasi petunjuk geografi itu;
(b)
terjemahan petunjuk geografi itu; dan
Petunjuk Geografi 19
(c)
apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar.
(4)
Jika pemohon tidak mematuhi kehendak di bawah seksyen ini dalam tempoh yang ditetapkan, permohonannya bagi pendaftaran petunjuk geografi hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.
(5)
Bagi maksud subseksyen (1), “orang” ertinya—
(a)
mana-mana orang yang menjalankan aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi itu berkenaan dengan barang itu dan termasuklah suatu persatuan bagi orang itu;
atau
(b)
suatu pihak berkuasa yang berwibawa.
Pendaftaran hanya berkenaan dengan barang yang termasuk dalam kategori barang