Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Petunjuk Geografi 85
(a)
keputusan Pendaftar di bawah seksyen 9 mengenai sama ada apa-apa barang termasuk dalam suatu kategori barang yang dinyatakan dalam garis panduan atau arahan amalan di bawah seksyen 95;
Undang-Undang Malaysia 86
Akta 836
(b)
keputusan Pendaftar tentang syarat yang praktik yang membezakan petunjuk geografi homonim daripada petunjuk geografi terdahulu di bawah seksyen 11;
(c)
keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pemeriksaan permohonan di bawah perenggan 12(5)(b);
(d)
keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi di bawah seksyen 15;
(e)
keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan prosiding bangkangan di bawah subseksyen 16(11);
(f)
keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembetulan di bawah seksyen 21;
(g)
keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembatalan sukarela di bawah seksyen 22;
(h)
keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pemindahmilikan pendaftaran suatu petunjuk geografi berdaftar kepada orang lain di bawah seksyen 26;
(i)
keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran ejen petunjuk geografi di bawah seksyen 31;
(j)
keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan dokumen di bawah seksyen 89.
(2)
Tatacara rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah mahkamah dalam perkara sivil.
Hak di bawah undang-undang lain tidak terjejas