Malaysia legislation
Section 98
Seksyen 98
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk mengawal selia tatacara, selain tatacara yang berhubungan dengan prosiding di hadapan Mahkamah atau yang berkaitan dengannya, di bawah Akta ini termasuk penyampaian dokumen;
(b)
untuk mengelaskan barang bagi maksud pendaftaran petunjuk geografi;
(c)
untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran petunjuk geografi termasuk pembaharuan petunjuk geografi berdaftar;
(d)
untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pembatalan sukarela atau pembatalan petunjuk geografi berdaftar atau pembetulan Daftar;
(e)
untuk menjamin dan mengawal selia penyiaran dan penjualan atau pengedaran salinan cabutan petunjuk geografi dan dokumen lain daripada Daftar atau rekod Pendaftar;
(f)
untuk menetapkan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki bagi maksud
Akta ini;
(g)
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen petunjuk geografi berdaftar;
(h)
untuk mengawal selia secara umum mengenai perkara yang berkaitan dengan operasi perniagaan yang berhubungan dengan petunjuk geografi yang dijalankan di Pejabat
Petunjuk Geografi dan pejabat cawangannya sama ada atau tidak ditetapkan secara khusus di bawah Akta ini tetapi setakat yang tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta ini;
(i)
untuk mengawal selia penggunaan petunjuk geografi termasuk bagaimana petunjuk geografi itu dipakaikan pada atau dipakaikan berhubung dengan barang;
Undang-Undang Malaysia 88
Akta 836
(j)
untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan penggunaan petunjuk geografi dalam internet;
(k)
untuk mengadakan peruntukan bagi cara dan kesan suatu pembatalan dan untuk melindungi kepentingan orang lain yang mempunyai hak dalam petunjuk geografi berdaftar;
(l)
untuk menetapkan catatan, butir-butir atau perkara yang akan dicatatkan ke dalam Daftar atau rekod Pendaftar.
(3)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Jawatankuasa
Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Kehakiman 1964
[Akta 91] boleh membuat kaedah-kaedah mahkamah yang mengawal selia amalan dan tatacara berhubung dengan prosiding di hadapan
Mahkamah atau yang berkaitan dengannya dan kos prosiding itu.
Kuasa untuk meminda Jadual