Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 11

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 15

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud subseksyen (1)—

“anggota keluarganya” termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(c)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(d)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu” ertinya—

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta

Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau

 CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 126] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 —lihat seksyen 620(1) Akta 777.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 738

mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

Section 11 — AKTA PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN 2012