Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya anggota Pihak Berkuasa di bawah seksyen 4;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“Pengerusi” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2);
“undang-undang peranti perubatan” ertinya Akta ini dan Akta
Peranti Perubatan 2012 [Akta 737], dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang ini.