Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa, selain Ketua Eksekutif hendaklah menjadi kosong jika—
(a)
dia mati;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya atau jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan melibatkan penipuan, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 738
(c)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Pihak Berkuasa atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Pihak Berkuasa;
(d)
dia menjadi bankrap;
(e)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;
(f)
dalam hal Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak
Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Menteri;
(g)
dalam hal seseorang anggota Pihak Berkuasa selain
Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
(h)
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(i)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(e) terhenti menjadi anggota Pihak Berkuasa, Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.
Jawatankuasa