Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan di suatu Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan;
“kumpulan wang simpanan” ertinya suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“Perbendaharaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh
Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 798