Malaysia legislation
Section 12
of *AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992
Seksyen 12
Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—
(a)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang masing-masing kena dibayar di bawah Akta Cukai
Pendapatan 1967 [Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta
*CATATAN—Akta Timbangtara 1952 [Akta 93] telah dimansuhkan oleh Akta Timbangtara 2005 [Akta 646]
Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 13
Pembangunan Pertanian)
378], hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu bagi melaksanakan sepenuhnya dan secukupnya mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan tersebut;
(b)
tiada apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran 1953 [Akta 17] terpakai bagi apa-apa urusan yang dikehendaki bagi melaksanakan pembayaran dengan apa-apa mata wang bagi apa-apa jumlah wang mengikut terma apa-apa perjanjian, surat cara, bon atau jaminan sedemikian dalam apa-apa mata wang.
(3)
Kerajaan atau mana-mana agensinya atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau Bank Negara Malaysia tidak boleh, kecuali sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan
Tabung, mewujudkan apa-apa lien ke atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi apa-apa hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto secara sama dan dengan mengikut kadar menjamin pembayaran-
(a)
wang pokok bagi mana-mana pinjaman; dan
(b)
bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman; atau
(c)
apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut apa-apa pinjaman,yang diberi oleh
Tabung kepada Kerajaan atau kepada sesuatu pihak berkuasa berkanun.
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa cara selain mata wang yang pada masa berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di Malaysia sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam apa-apa media lain;
“lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
dan apa jua jenis prioriti.
(5)
Bagi maksud subseksyen (3) aset Kerajaan termasuklah apa-apa hak, kepentingan atau syer yang dimiliki atau mungkin dimiliki oleh Kerajaan dalam Kumpulan Wang Mata Wang atau mana-mana bahagian asetnya, yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Mata Wang
Tanah Melayu British Borneo 1950.
15
Akta 484
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
− TIADA−
16
Akta 484
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
− TIADA −