Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992
Seksyen 3
Kuasa Kerajaan untuk meminjam daripada Tabung
(2)
Semua wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan dan hendaklah, walau apa pun seksyen 3 Akta
Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], digunakan dan adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud yang baginya wang itu dipinjam:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana bahagian wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud yang disebut terdahulu bahagian itu bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh
Menteri dan Tabung.
(3)
Apa-apa perjanjian antara Kerajaan dengan Tabung berkenaan dengan wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi
Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 7
Pembangunan Pertanian)
kuasa secara bertulis oleh Menteri.
(4)
Suatu salinan mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah seberapa segera yang praktik dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(5)
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh dengan apa-apa cara menjejaskan, atau mengurangkan apa-apa kuasa lain untuk meminjam wang yang dimiliki oleh Kerajaan.
Kuasa untuk mengeluarkan surat cara termasuk bon