Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992
Seksyen 5
(2)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya sesuatu pihak berkuasa berkanun
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 484
telah ditubuhkan, apa-apa perjanjian antara pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung hendaklah sah dan mengikat pihak berkuasa berkanun tersebut jika ditandatangani bagi pihak berkuasa berkanun itu oleh seseorang yang diberi kuasa secara bertulis di bawah meterai pihak berkuasa berkanun tersebut.
(3)
Kuasa untuk meminjam di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa untuk meminjam yang diberi kepada pihak berkuasa berkanun tersebut oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
(4)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya sesuatu pihak berkuasa berkanun telah ditubuhkan, pihak berkuasa berkanun itu boleh menggadaikan atau menggadai janjikan segala atau mana-mana harta (harta alih atau harta tak alih) akujanji atau hasilnya bagi menjamin apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada Tabung berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah subseksyen (1).
(5)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis sesuatu pihak berkuasa berkanun boleh mengeluarkan apa-apa bon, nota janji hutang dan surat cara lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan apa-apa perjanjian yang boleh dibuat olehnya dengan
Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen
(1)
.
Penggunaan wang pinjaman oleh pihak berkuasa berkanun