Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992
Seksyen 7
Kuasa Kerajaan untuk menjamin pinjaman oleh Tabung kepada pihak berkuasa berkanun
(a)
menjamin penunaian oleh suatu pihak berkuasa berkanun akan obligasinya di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan Tabung berkenaan dengan apa-apa peminjaman di bawah subseksyen 5(1) atau di bawah apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian; dan
(b)
mengakujanji apa-apa obligasi lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Tabung berhubungan dengan atau menurut mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara sedemikian.
(2)
Apa-apa jaminan atau akujanji yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah diberi secara bertulis atas nama Kerajaan Malaysia dan jaminan atau akujanji itu dan apa-apa pengindorsan pada mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara jaminan lain yang diberi di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh
Menteri atau oleh mana-mana orang atau orang-orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri.
(3)
Suatu salinan penyata mengenai apa-apa jaminan atau akujanji yang disebut dalam seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Sekatan ke atas kuasa meminjam bagi pihak berkuasa berkanun selagi jaminan masih belum selesai