Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992

Seksyen 9

(a)

bahawa sesuatu pihak berkuasa berkanun berkemungkinan akan gagal atau tidak berupaya menunaikan apa-apa obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Tabung atau di bawah mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian sedemikian; dan

(b)

bahawa

Kerajaan adalah atau boleh menjadi bertanggungan di bawah mana-mana jaminan atau akujanji lain yang diberi di bawah subseksyen 7(1)

berkenaan dengan obligasi tersebut,

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, memberi atau memberi kuasa mana-mana orang lain untuk memberi apa-apa arahan kepada pihak berkuasa berkanun itu sebagaimana yang difikirkan olehnya atau oleh mana-mana orang lain itu perlu atau wajar dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu untuk membolehkannya menunaikan obligasinya di bawah mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara tersebut atau di bawah Akta ini.

(2)

Pihak berkuasa berkanun itu hendaklah, walau apa pun apa apa jua yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang menurutnya ia ditubuhkan, mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh

Pinjaman (Tabung Antarabangsa Bagi 11

Pembangunan Pertanian)

atau di bawah mana-mana perintah sedemikian.

(3)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan atau mengurangkan apa-apa kuasa lain yang diberi oleh undang-undang bertulis kepada Yang diPertuan Agong atau mana-mana Menteri atau pegawai awam berkenaan dengan pihak berkuasa berkanun itu.

Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada

Kerajaan jumlah wang yang dibayar di bawah jaminan

Section 9 — AKTA PINJAMAN (TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN) 1992