Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Pentadbiran boleh diberikan kepada mana-mana perbadanan amanah sama ada secara tunggal atau bersesama dengan seorang lain, dan perbadanan itu bolehlah bertindak sebagai pentadbir dengan sewajarnya.
(3)
Perwakilan tidak boleh diberikan kepada seorang sindik atau penama bagi pihak mana-mana perbadanan amanah.
(4)
Mana-mana pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh perbadanan itu atau pengarah-pengarah atau badan pengelola perbadanan itu boleh membuat afidavit dengan bersumpah, memberikan jaminan, dan melakukan apaapa perbuatan atau perkara lain yang mungkin dikehendaki oleh Mahkamah bagi pihak perbadanan amanah itu dengan tujuan supaya perwakilan diberikan kepada perbadanan itu, dan perbadanan itu adalah terikat dengan perbuatan perbuatan pegawai itu dan pegawai itu adalah berhak supaya ditanggung rugi oleh perbadanan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang diberikuasa sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu.
(5)
Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.